Creative, Design

Sumbangan 3 Tongkat Kepada OKU Yang Memerlukan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor

SHAH ALAM, 13 OKTOBER 2018 – 3 batang tongkat telah disumbangkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang sangat memerlukan melalui tajaan.

Sumbangan tersebut telah diberikan oleh Encik Gerald N. Tikun, GNT MediXcel Sdn Bhd dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar di Majlis Perasmian Sukan Integrasi “Amazing Race” OKU dan Normal sempena Hari Sukan Negara (HSN) pada 13 Oktober 2018 (Sabtu).

Sumbangan seumpama ini jelas mencerminkan penaja tidak hanya memikirkan keuntungan sahaja malah memberi sumbangan dan prihatin serta memahami keperluan OKU yang kurang berkemampuan.

Disediakan oleh : Norliza binti Ali Wee, Bahagian Pembangunan Sukan